Thursday 12 October 2017

Jom Support Dan Sponsor "Keluarga Iskandar The Movie"! #selamatkankeluargaiskandar

"Keluarga Iskandar" merupakan buah fikiran Wan Hasliza Wan Zainuddin dan idea bagi siri ini bermula pada tahun 2007. Pada waktu itu, tidak banyak siri drama keluarga ditayangkan di kaca televisyen – drama terakhir yang paling menyerlah ialah ‘Opah’ pada era lapan puluhan.

Musim pertama ditayangkan di Astro Prima dalam tahun 2013, dengan sambutan yang baik daripada para penonton. Ini diikuti dengan musim kedua dalam tahun 2015. Dalam waktu yang singkat, siri tersebut mengumpul ramai peminat setia dan terus menjadi sebutan ramai di negara ini.

Setakat ini, Keluarga Iskandar telah memenangi dua anugerah, yakni Siri TV Komedi Terbaik 2013 dan Rancangan Drama TV Komedi Terbaik (Bersiri) 2015 di Anugerah Lawak Warna.



Walaupun menerima pengiktirafan di seluruh negara, "Keluarga Iskandar" Musim 3 yang bertujuan untuk menjawab segala persoalan dalam Musim 2 tidak  diteruskan. Sayang sekali kerana "Keluarga Iskandar Musim" 2 berakhir dengan banyak persoalan. Siapa yang akhirnya berkahwin dengan Huzairah – Abang Long atau Alan? Macam mana pula dengan Adibah dan Faris? Dan siapakah Uda?

Setiap cerita perlu diteruskan dan mempunyai pengakhiran, dan itulah matlamat pihak KL Motion Pictures. Setelah menerima banyak permintaan daripada peminat setia siri ini, KL Motion Pictures kini bercadang untuk cuba memberikan nafas baharu kepada "Keluarga Iskandar".

Untuk itu, pihak KL Motion Pictures telah pun mendapat kebenaran untuk mengeluarkan FILEM "Keluarga Iskandar" dari pihak astro. Tetapi ... ada satu saja masalahnya. Dana pula belum mencukupi.

Fikir punya fikir, datanglah satu ilham untuk mencari dana sendiri. Pihak KL Motion Pictures pun bertungkus-lumus menyediakan pelbagai pilihan pakej filem yang para peminat boleh beli dan pada waktu yang sama bantu menjayakan filem ini. Dengan harga serendah RM17.90 sahaja, para peminat boleh membantu merealisasikan filem sulung "Keluarga Iskandar The Movie".



Untuk itu juga, satu majlis pelancaran kempen #selamatkankeluargaiskandar telah didadakan di Subang baru-baru ini.

Jadi Ayuh, mari kita berusaha untuk mencapai sasaran agar keluarga kesayangan kita dapat berkumpul semula akhirnya!

Untuk maklumat lanjut dan pembelian pakej, layari www.keluargaiskandar.com 




No comments:

Post a Comment