Thursday 21 September 2017

Workshop Penulisan Skrip TV & Filem Bersama Nizam Zakaria



Kepada yang terlepas sesi sebelum ini, jangan lepaskan peluang!

Anda mempunyai idea untuk cerita yang boleh menggegar panggung? Jangan biarkan idea tinggal idea! Garapkan cerita itu dalam bentuk skrip yang akan jadi rebutan penerbit-penerbit di luar sana!

Tetapi menulis skrip juga merupakan satu seni yang perlu dipelajari. Workshop ini menampilkan pengarah dan penulis skrip yang tidak asing lagi, Nizam Zakaria, yang telah mengarah dan menulis banyak karya yang menjadi tontonan kita semua termasuk “Shhh... I Love You”, “Kahwin 5” dan “Cicakman 3”.

Di workshop ini nanti, anda akan belajar: 

Format skrip dan mengapa format skrip penting dalam produksi 
Struktur penceritaan; adakah formula Three-Act Structure penting dalam penceritaan? 
Seni penulisan dialog 
Pemahaman penggunaan prop dan teknologi dalam penceritaan 
Proses penyuntingan skrip


Butiran program seperti berikut:

Tarikh: 14 Oktober 2017
Masa: 9.30pg – 5ptg (makan tengahari disediakan)
Tempat: Arte Academy, B-1-2, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor (2min dari stesyen LRT IOI Puchong Jaya) .

Tawaran “early bird” yang terhad!

Daftar sebelum/pada 5 Oktober 2017: RM180
Harga biasa: RM220

Sijil turut disediakan.

Hubungi segera untuk mendapatkan tempat anda!
info@yougotraining.com
012-3456 055
www.yougotraining.com
.

Friday 15 September 2017

Foo Fighters In Singapore: Foo, What A Night!

By M. Zulkifli

I've got another confession to make: there are nights when I would put on my headphones and watch that 2008 Foo Fighters Wembley performance of "Best Of You" on repeat. And I would get choked up from the sheer power and emotion of it all. And I often wondered what it'd be like one day to experience that moment myself. Well, I got my answer a couple of weeks ago at the National Stadium in Singapore. And then some.


But before that, this would be take two of my effort in catching Foo Fighters "live" in SG. A few years back, with a ticket bought and my flight booked, they had to cancel when Dave injured himself. I must admit I sulked for a while and laid off Foo Fighters music for a while : / But I never gave up hope...

And of course, the first time they came around was in 1996, and it's quite a coincidence that there's a brilliant picture of Dave eating satay at a Singapore food court, in the book I wrote, "The OAG Story". I remember when OAG frontman Radhi showed me the photo, I basically flipped out. One third of Nirvana eating satay?!! Holy smokes!


So yeah, it's been THAT long, and it's a fact that Dave referenced many times throughout the show on August 26th.  A show that brought together some 25,000 die-hard fans (trust me on this), who were primed for some gloriously loud rock 'n' roll.

After putting on my obligatory black tee and jeans at the hotel, I made my way to the Lavender MRT station where hundreds of Foo fans had already converged around me. And by the time I reached the National Stadium, the party had begun.



"Standing B" was where I was inside, and I had a clear view of the stadium filling up. The lights then went out, and the crowd became palpably restless with anticipation.



At 8.05pm, Dave Grohl and the guys made their grand entrance and the crowd went absolutely berserk. "Heyyyyyyy!!!!" Dave growled. "We've got plenty of songs now."



And you know what? Dave "live" on stage is the Dave we've all known through interviews we've read and performances we've watched on TV. Just a f***** cool guy with a guitar and that hair. He's like that friend you used to jam with but is now world-famous. You actually feel you could just hang out with this dude having some drinks and, er, satay...

But of course, on stage, Dave, together with Pat Smear, Taylor Hawkins, Nate Mendel and Chris Shiflett were all business. And so was the crowd.  Oh, man. As soon as Foo launched into "I'll Stick Around", the crowd instantly became loud, and the energy level never really let up for the next couple of hours.

It helped that Foo Fighters songs have stadium-friendly structures with beautiful beginnings, middles and ends. The buildup to the songs are met with a satisfying payoff each time a chorus is launched with maximum emotion.

Dave told us that they don't encores, and that the Foo Fighters would just rock out for two hours and tell us when they're done. But no one was looking at the time on a magical night such as this.

And yes, I got to find out what it'd be like to experience "Best Of You" with thousands of other Foo Fighter fans. I closed my eyes as Dave sang the opening lines, and soon it became an exercise of holding back my own tears.

But Mr Grohl himself wasn't spared the mini emotional breakdown. When he stopped mid-song for the expected relaunch into the first verse, the crowd started singing the "wooo ooo oo" refrain. It went on for a good few minutes and Dave could be seen burying his face in his hands trying not to get choked up.

They eventually finished the song, and for me at least, it was an emotionally-draining triumph.



"Usually this would be a great way to end," said Dave. But they had a couple more big jams to blast out, including the other much-awaited anthem, "Everlong". And so, after a solid 2hrs and 5mins, Foo Fighters took their bow, and the crowd cheered on and on and on...

The band promised it wouldn't take another couple of decades to return to the Lion City. I can't wait, obviously. But for now, the magic of THIS night will keep me smiling and believing for a good bit of time to come...

PS: The crowd never did stop singing "woo ooo oo"... I heard it went all the way to Geylang : )



Setlist:

I'll Stick Around
All My Life
Learn to Fly
The Pretender
Big Me
Run
Something From Nothing
My Hero
Seven Nation Army / Stayin' Alive / Another One Bites the Dust / Fly Like an Eagle / Blitzkrieg Bop
(with band introduction)
Cold Day in the Sun
Congregation
Walk
These Days
Rope
Times Like These
Breakout
Best of You
Monkey Wrench
Everlong

Tuesday 12 September 2017

Buckle Up For Metallicarnival!

On September 17, 2017, Malaysian Magnetic will be proud to present Metallicarnival: the first ever Malaysian convention of Metallica fans, gathering together to celebrate our love for the greatest band on the earth; Metallica.

There will be a screening of the first Metallica-produced motion picture, "Through The Never", as well as collectors' items exhibition and merchandise sales. A special concert will be played by local cover bands to honor the time-tested tunes of our beloved band. From the eponymous thrash machine of "Kill ‘Em All", all the way to the crushing monster of "Hardwired To Self Destruct", carnival goers will be entertained by a whole evening of Metallica tunes reproduced faithfully by our local boys.

Be there to experience the love and dedication of Malaysian Metallica fans, and celebrate the first ever official gathering of the Official Metallica Chapter #449, Malaysian Magnetic.

See you on September 17, 2017 at the Black Box, Publika. Level G2-01, Block A5, No 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Event : MetalliCarnival
Date : 17 Sept 2017
Venue: Black Box Publika Kuala Lumpur
Time 3PM - Until It Sleeps
Ticket Price : RM 30



Friday 8 September 2017

Pernah Terperangkap Dalam Taufan Di Amerika, Bekas Pelajar Malaysia Di Sana Menceritakan Pengalamannya

Ribut tropika Irma kini sedang mengganas di Carribean mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda yang sangat teruk.

Baca catatan di FB seorang bekas pelajar Malaysia di Miami University, Hadee Roslan, yang mengalami penangan Hurricane Andrew 25 tahun yang lalu.

Kejadian Hurricane Andrew pada 1992. Gambar oleh Wikimedia Commons

"25 years ago.. den berada di South Florida semasa Hurricane Andrew membuat landfall..

Dapat tahu pasal hurricane Andrew .. balik dari Lollapalooza 92..

Memandai tak nak pergi designated storm shelter.. Tak pernah tahu pun apa benda hurricane nih sebenornya..

So.. den decided nak duduk jer kat apartment member (apartment den tingkat atas, corner lot so high risk sikit)

Berdentam dentum bunyi transformer letrik meletup.. selang seli ngan bunyi angin berdesing..
Kat dalam apartment, kitorang duduk kat ruang tamu.. belakang sofa yang diterbalikkan.. added protection la konon.. duduk la dalam gelap.. letrik dah takde..

Apa yang kitorang borakkan masa tuh pun den tak hingat dah.. rasanya ada kot sebijik radio (battery powered) jadi teman untuk dapatkan berita terkini..

Berjam juga la rasanya kitorang mengadap Hurricane Andrew tuh..

Bila Andrew dah lepas... kitorang pun keluor la tengok keadaan sekeliling kejiranan..

We were lucky indeed.. the eye of the hurricane tak lalu directly on top of us.. So the damage done tak lah seteruk apa yang berlaku sekarang...

Rasanya, kat our neighborhood, takde rumah yang kena bedal sampai hancur macam dalam gambor tuh..

Seminggu dua jugak kot rasanya hidup tanpa letrik lepas tuh.. Summer holidays pun extend la seminggu dua extra..

Ada kot satu dua gambor post Andrew yang den ambik.. tapi masa tuh takde la digital format nih.. nak kena selongkar gerobok cari album lama la .. kalau ada lagi..

Apa pun.. To all in the path of Hurricane Irma...

Stay Safe..."

Percayalah, Kita Tidak Akan Menjadi Negara Maju...

Ini bukan kisah politik, mahupun ekonomi, tetapi kisah mentaliti haprak sebahagian daripada penduduk negara kita yang masih jauh ketinggalan dari tahap "maju". Kalau nak cerita A-Z, memang perlu buka puluhan ribu blog lain, tetapi jom kita fokus kepada insiden-insiden melibatkan pengguna-pengguna MRT baru-baru ini.

Pelancaran memang gilang-gemilang. Semuanya baharu, semuanya berkilat. Yang malap masih lagi "attitude" orang kita. Baguslah bila pihak Rapid mengambil langkah untuk memaparkan kisah-kisah ini melalui platform media sosial mereka yang menggunakan humor untuk menyampaikan mesej.




Dan dari komen-komen yang diterima itu juga dapat kita lihat masalah yang sebenarnya. Orang-orang kita ini bukannya tak tahu peraturan dan undang-undang, tapi tak percaya dengan keperluan mematuhi sebarang peraturan. Apa sahaja kelakuan buruk yang dipamerkan, tentu ada yang memberi seribu satu alasan mengapa ianya "ok" dan "takde hal pun".

Untuk menjadi negara "maju" bukan sahaja bergantung kepada kekayaan ekonomi, dan bangunan tinggi, tetapi juga mentaliti penduduk yang sama-sama ingin membangunkan negara menjadi lebih selesa dan teratur dengan memikirkan kesejahteraan ramai dan bukan kepentingan diri, serta menghormati "rule of law".

Malangnya, mentaliti yang biasa kita hadapi langsung tak mampu mengatasi (transcend) kepentingan diri dan diburukkan lagi dengan ketandusan "common sense". Ada yang menyebut "mentaliti kampung". Mungkin ada yang tersinggung, tetapi yang dimaksudkan "kampung" di sini, bukanlah "geografi", tetapi mentaliti "apa saja pun boleh". Sebab itu kita biasa melihat motorsikal ditunggang di lorong pejalan kaki di tengah-tengah kotaraya. Walaupun boleh membahayakan orang lain, tetapi yang penting, tidak menyusahkan penunggang motorsikal itu sendiri (sebab hanya dia sahaja yang perlu sampai awal ke pejabat).


Satu lagi kecenderungan orang kita ialah berhujah menggunakan "exceptions". Bila ditegaskan tak boleh makan di dalam train, ada yang menembak balik seolah-olah kelihatan bijak dengan hujah seperti "habis tu, baby pun tak boleh minum susu ke?". Tak perlulah kami huraikan lebih lanjut tentang ketidakmatangan (baca: kebobodohan) hujah sebegini. Oh, dan ada juga yang berkata, "aku percaya kat Jepun pun mesti ada yang tidur dalam train. kita je tak tahu."

Aduhai, aduhai, aduhai. 2050 nanti, bolehlah kita terus berbangga dengan bangunan-bangunan baharu buatan China. Itu sahajalah...

Kredit gambar: FB Rapid KL

Monday 4 September 2017

Bengkel Pengenalan Asas Seni Lakon Bersama Esma Daniel


Khas buat mereka yang berminat dalam seni lakon, bengkel ini akan memberikan pendedahan asas kepada peserta, berdasarkan pengalaman lebih dua dekad, oleh pelakon dan pengarah terkenal, Esma Daniel.

Antara aspek penting yang bakal ditekankan, termasuk:

1. Persediaan untuk mula berlakon
2. Terjemahan skrip ke lakonan
3. Berkomunikasi dengan kamera
Butiran program:

Tarikh: 17 September 2017
Masa: 10pg-12.30tgh
Tempat: Grande Room, Starbucks, No 20G, A&B, Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur

Yuran: RM30

Hubungi 012-3456055 atau info@yougotraining.com untuk pendaftaran

Sunday 3 September 2017

Bicara Duit Mengerikan Bagi Pasangan: Elak Buat 8 Perkara Ini



Antara masalah besar pasangan yang telah berumahtangga ialah duit atau lebih tepat lagi masalah kekurangan duit. Jangan terperanjat kalau diberitahu bahawa 70% pasangan mungkin menghadapi masalah ini dan sebab utamanya ialah kerana perihal duit atau kewangan ini sensitif dan tidak selalu dibincangkan secara terbuka. Ramai yang suka sumbat masalah kewangan di bawah permaidani dan berpura-pura bahawa masalah ini tidak wujud. Apabila masalah kewangan ini tidak dapat dibendung lagi, lantas ianya akan menyebabkan perhubungan menjadi tegang dan sukar untuk diurus kerana kebanyakan pasangan tidak memiliki kemahiran untuk membicarakan tentang duit. Sebaik-baiknya bab kewangan dan cara menguruskan perlu diatasi di awal perhubungan agar kedua pasangan jelas yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam kisah mengurus duit keluarga.


YouGoPop memberi saranan agar pasangan di luar sana mengelak dari melakukan 8 perkara di bawah ini untuk tidak menjadikan masalah kewangan sebagai penyebab rosaknya perhubungan.


Pentingkan Duit Daripada Perhubungan
“Bang, si polan tu kan... kaya gila..Apa wife dia nak pun dapat,” kata si isteri kepada suaminya. Tanpa disedari hati suami pecah seribu mendengar ayat tersebut kerana seolah si isteri tadi mengejek kebolehannya menyediakan duit yang banyak untuk dibelanja tanpa risau, sedangkan dia dah memberikan secukupnya walaupun tidak mewah. Isteri sekarang suka tag-tag suami beg-beg mahal berjenama sedangkan dia jelas yang suami beliau tidak akan mampu mengumpul duit sebanyak itu untuk menghadiahkannya barangan berjenama itu tadi. “Duit saya, saya punya, cannot share-share” herdik si isteri pula walaupun dalam keadaan suaminya sedang mengalami krisis ekonomi. Ketika pasangan mengangkat duit lebih berharga daripada perhubungan, akibatnya tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.  


Sembunyikan Hutang atau Pembelian
Jangan buat-buat pandang ke atas ye… ramai kita yang melakukannya. Perkara ini sering terjadi dan semakin berleluasa di masa kini kerana wujudnya shopping di atas talian. Hanya lengkapkan satu dua langkah, esok lusa barang sampai ke pejabat. Pasangan tak perlu tahu berapa duit yang telah gunakan atau apakah item yang telah dibeli; yang penting nafsu berbelanja dapat dilempias.  Sikap berbelanja kurang berhemah ini akan menyebabkan ekonomi keluarga terbeban walaupun pasangan tidak mengetahuinya kerana akhirnya baki akaun akan menyusut atau beban hutang semakin bertambah.


Tidak Berbincang Sebelum Membeli
“Yang.. abang dah beli PS4!! Woo hoo!!,” gembiranya suami menyampaikan berita sedangkan berita ini membuat isteri berduka kerana bukan sahaja duit telah dibelanjakan tetapi duit tersebut perlu digunakan untuk tujuan yang lebih penting seperti cukai jalan yang akan sampai di hujung bulan yang sama. “Abang... cantikkan sofa baru kita, “ isteri teruja memberi kejutan kepada suami yang memang terkejut biru sebab dia tahu mereka belum mampu untuk membeli sofa bernilai RM5 ribu itu. Atau suami membeli tiket kapalterbang ke luar negara dan kemudian meminta isteri menyediakan duit hotel dan belanja. Semuanya akan menjadi lebih baik dan teratur jika dibincangkan bersama sebelum apa-apa perbelanjaan besar dimuktamadkan.


Tidak Endah Perihal Butiran
Pasangan perlu tahu ke mana duit mereka pergi kerana dengan mengetahui fakta ini, duit boleh diurus dengan lebih teratur dan bermanfaat. Tiba-tiba kita sudah short walaupun masih berada di minggu ketiga dan seluruh keluarga diminta betul-betul berjimat di minggu terakhir kerana bajet seluruh bulan telah digunakan dengan banyak di minggu pertama dan kedua. Nak makan steak mahal, jom! Nak pergi bercuti di resort best di Port Dickson, jom! Kawan-kawan minta belanja, jom! Akhirnya duit berkurangan tanpa kita tahu ke mana duit kita melayang, dan akhirnya keluarga dan pasangan yang akan menderita.


Terlalu Mengawal Pengaliran Wang
Boros itu ternyata tidak baik tetapi terlalu mengawal penggunaan duit juga membahayakan. Pasangan yang terlalu mengawal duit sampaikan tidak ada ruang untuk menikmati pendapatan yang diterima pasti mampu membuatkan pasangan beliau tertekan. “Nak beli baju sampai RM79? Dah, tak payah.. Cari yang bawah RM50 sudah.” “Tak perlulah minum kopi mahal ni, saya buatkan kopi di rumah sahaja.” Ada juga isteri yang hanya beri suami duit poket tetap RM15 sehari ke tempat kerja atas alasan takut suami boros. Kedekut juga ada kesannya! Setiap insan yang bekerja itu ada sebabnya dan biarlah kita menikmati pendapatan kita tetapi jangan berlebihan.


Menggunakan Duit untuk Menyakiti Pasangan
“Amboi, dahlah pokai… lagi nak keluar makan dengan kawan-kawan? You ni memang tak sedar diri ke?,” isteri memerli suami, “Kalau bukan guna duit saya, takkan kita senang macam ni, “ suami pula menyakitkan hati isteri. Menggunakan hal duit untuk menyakitkan hati pasangan adalah satu perbuatan yang keji. Alangkah elok kalau berbincang agar masing-masing tahu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan apabila duit telah dibelanjakan untuk sesuatu perkara, mengungkit itu elakkan.


Tidak Memahami Perspektif Pasangan Tentang Pengurusan Duit
Ada mereka yang hidup susah dari kecil lantas apabila ada pendapatan yang baik, mereka lebih cermat membelanjakannya agar tidak lagi terjerumus ke kehidupan yang lepas. Ada juga yang memang dilahirkan dengan sudu perak disuap ke mulut dan merasakan nilai RM100 itu seperti RM10 sahaja dan berbelanja tanpa berkira. Ada juga yang sudah tidak mahu bersusah lagi dalam hidup dan berbelanja sesuka hati dengan pendapatan tinggi yang diterima hari ini tanpa memikirkan masa depan. Dengan mengenali dan memahami sudut pandangan pasangan berkaitan duit, anda akan lebih tahu bagaimana menguruskan kewangan pasangan dengan baik.


Berbincang Tentang Duit Ketika Sedang Tegang
Sila periksa keadaan hati masing-masing sebelum ingin memulakan perbincangan tentang duit. Janganlah dilakukan ketika tengah marah kerana hasilnya sudah tentu akan mengerikan. Kekurangan duit ini boleh menjadi hinaan ketika sedang panas hati. “Dahla tak hensem, pokai pulak!,” tak ke terbakar hati suami mendengar ayat ini dan tentu sekali perbincangan akan bertukar menjadi pertengkaran. “You tak habis-habis beli makeup, minggu ni je dah seribu! Muka cam tu je lagi!, “ dan pertengkaran akan hangat kalau masing-masing mempunyai banyak peluru untuk digunakan.

Secara ringkasnya, pasangan perlu bersama-sama menetapkan peraturan dan sempadan bila berurusan dengan kewangan keluarga, contohnya jangan berbelanja lebih daripada RM1000 untuk diri sendiri sebulan. Untuk pembelian lebih daripada sesuatu jumlah, persetujuan pasangan diperlukan. Hasilkan tabung-tabung yang perlu diisi untuk bercuti, pendidikan anak-anak, bantuan ibu bapa dan sebagainya. Kedua-dua pasangan perlu jelas dengan tanggungjawab masing-masing dan sedaya upaya ikut peraturan supaya keharmonian dapat dikekalkan walaupun adanya Zalora, FashionValet, Lazada dan sebagainya di luar sana.