Friday 14 June 2019

U2 Sah Ke Singapura!

U2, antara band paling berpengaruh dalam industri muzik, bakal melangsungkan konsert sulung mereka di Singapura. Pengumuman awal telah dibuat beberapa minggu lepas, namun tiada sebarang tarikh telah ditetapkan.

Hari ini, laman sesawang U2.com membuat pengesahan yang The Joshua Tree Tour 2019 akan membawa band dari Ireland itu ke Kota Singa pada 30 November 2019, di Stadium Nasional Singapura! Berita ini bukan saja menggembirakan peminat mereka di Singapura, tetapi juga dari negara-negara jiran.



Tempahan awal tiket bakal dibuka pada jam 10 pagi, 17 Jun ini di U2.com. Sementara itu penjualan umum akan dibuat bermula 20 Jun 2019 di www.sportshubtix.sg .

Akhbar The Straits Times Singapura turut mengesahkan berita ini. Tiket akan dijual pada harga SGD98 hingga SGD368.

REXKL Kini DiBuka!



Hujung minggu ini, jom terokai sebuah venue ikonik lama yang kini berwajah baharu!

Panggung wayang Rex di Kuala Lumpur yang pernah menjadi tumpuan peminat-peminat filem suatu ketika dulu, kini telah diubahsuai dan dijenamakan semula sebagai REXKL.

REXKL di Jalan Sultan, mempunyai misi untuk menjadi hab buat komuniti kreatif dan usahawan dengan pelbagai aktiviti termasuk sesi kongsi dan seminar, pameran, pasar lambak serta kedai, restoran dan "pop-up store" yang unik dan menarik.

Antara aktiviti buat masa terdekat ini:

1. Backlane Cinema (wayang pacak) yang akan menayangkan siri filem bertemakan "Gratitude". Program ini diadakan secara PERCUMA pada 13 Jun, bermula 7.30 mlm.
Filem-filem untuk edisi ini adalah: "Colourless" oleh Ananth Subramaniam, "Tidak Kesampaian" oleh Shafie Dris & Shahris Shafie dan "Goodbye Boys" oleh Bernard Chauly.

2. Pameran ‘Built Environment : An Alternative Guide to Japan’s Built Foundation’ dengan kerjasama The Japan Foundation dan Malaysian Institute of Architecture. Program ini akan berlangsung dari 12 Jun - 14 Julai 2019, dari jam 10pg hingga 8 malam.


* Gambar dari FB REXKL



Tuesday 20 February 2018

5 Hari Di Dubai

Saksikan pelbagai pengalaman menarik dan unik di Dubai. Nikmati pemandangan panorama dari tingkat 124 Burj Khalifa, naiki "water taxi" di Dubai Creek, kembara di padang pasir dengan kenderaan pacuan 4 roda, dan banyak lagi!


Monday 8 January 2018

Workshop Pengacaraan Bersama Halim Othman (3 Feb 2018)



Serlahkan bakat pengacaraan anda! Dapatkan panduan berharga dari salah seorang ikon industri dengan menyertai WORKSHOP PENGACARAAN MAJLIS RASMI & TV Bersama HALIM OTHMAN!

Anda ada gaya, suara dan minat yang mendalam. Ambil langkah berani seterusnya dengan mempertingkatkan ilmu untuk anda membina nama sebagai seorang pengacara yang berkaliber.

Antara perkongsian di program ini:
·      Memahami audiens dan lokasi
·      Menulis dan menyunting skrip
·      Menghadapi segala kemungkinan
·      Penggunaan bahasa tubuh yang betul

Latihan-latihan praktikal juga akan dijalankan bagi mempertingkatkan kemahiran dan keyakinan perserta-peserta.  Anda juga akan diberikan maklum balas terus oleh Halim Othman!

Butiran program:

Tarikh: 3 Februari 2018
Masa: 9.30pg-5ptg (makan tengahari disediakan)
Tempat: Arte Academy, B-1-2, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100, Puchong

Tawaran “early bird” yang terhad!

Daftar sebelum 27 Januari 2018: RM299
Harga biasa: RM350
Harga istimewa pelajar IPTA/IPTS: RM199

Sijil turut disediakan.

Hubungi segera untuk mendapatkan tempat anda!
012-3456055

WeChat: yougotraining